my sponsor

25 Mac 2011

Earth Hour 2011

Ingat tak lagi tragedi Earth Hour pada tahun lepas, dimana TNB tetiba jadi famous amos apabila dikatakan membangkang sekeras-kerasnya program earth hour, untuk mengelakkan tragedi oktober itu menjadi sejarah mungkin berulang, pada tahun ini TNB telah mengeluarkan statement awal di berita dengan menyatakan sokongan sepenuhnya program earth hour ini.



Ok, masuk balik dalam topik, earth hour mula pertama kali diadakan pada tahun 2007 di Sydney Australia, ianya diadakan sempena perubahan cuaca yang mendadak ataupun 'climate change', pemanasan global yang tiba-tiba menjadi satu topik yang panas pada masa tersebut. Jadi untuk mendapatkan kesedaran dunia mengenai situasi tersebut, kempen earth hour diperkenalkan. ia kemudiannya menjadi trend dan diikuti oleh kebanyakan negara termasuk malaysia,
Pada tahun ini, 2011 program Earth Hour akan berlangsung pada 26 March 2011, pada pukul 8.30pm sehingga 9.30pm., Jadi pada waktu kempen tersebut, marilah kita bergelap dalam tempoh sejam bagi menyokong program tersebut, tapi aku nasihati kita padam hanya lampu yang kita TIDAK gunakan sahaja la, untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku, jangan pulak korang tengah bawak kereta, 8.30 pm esok terus tutup lampu, polis tahan korang cakap earth hour, tu tak betulla...
Dengan kesedaran mengenai climate change ini, maka pelbagai teknologi cuba diperkenalkan, antaranya Green Technology, Nano technology dan pelbagai lagi, sekarang pun sudah banyak arkitek cuba membuat bangunan hijau ataupun Green Building, jadi kita dapat mengurangkan kadar pelepasan toksik kedalam sistem rumah hijau kita ini.....


p/s : Tapi pesan aku, jangan kerana tak gunakan teknologi hijau, mengamalkan komunisme bencana alam akan berlaku, takder kene mengena weiii, aku lupa pulak sapa yang cakap o_O
Disini juga aku mengambil kesempatan untukmengucapkan simpati kepada mangsa gempa bumi, tsunami di Jepun dan juga Myanmar
akhir kata, maju bumi untuk manusia sejagat

4 ulasan:

  1. Tau tak, kat US sana ada yang kata green technology sebenarnya adalah scam terancang? Mungkin ada perkara yang kita terlepas pandang.

    BalasPadam
  2. aku ada baca pasal tue, bukan green tech je, global warming pun satu konspirasi juga katanya, tapi tak taula, kalau betul, kat malaysia ni kita dah tau da sapa duta dia, hahahaha

    BalasPadam
  3. Stand by semua, tutup lsmpu....

    BalasPadam