my sponsor

07 April 2011

Bagaimana Melindungi Undi Anda Dari Dikesan? ingat, undi adalah rahsia

Tips-tips yang berguna sempena pilihanraya dah nak dekat ni, pastikan undi anda adalah RAHSIA


29 Mac 2011

Preview Dan Majlis Pengenalan, Bilik Kaca Akademi Fantasia (AF9)

Pada tahun ini, AF memperkenalkan format baru, dimana diari af akan berlangsung dalam rumah kaca yang bertempat di AEON Jusco Setiawangsa, jadi lepas ni penggila AF selain bershopping bolehla melihat sekali keletah pejar AF di sana, senarai nama pelajar ada kat dalam video berita Gala TV ni, check it out

Protes Nuklear Di Serata Dunia (17 Gambar)

Di seluruh dunia sekarang, protes nuklear sedang dijalankan. kesedaran ini timbul kerana krisis nuklear Jepun yang teruk ketika ini, gambar dibawah dapat kita saksikan pelbagai ragam manusia di seluruh dunia mempersembahkan protes masing-masing

Protes Di Korea Selatan



Protes Di Jepun


Protes Di Brazil


Protes Di Bulgaria


Protes Di Cyprus


Protes Di Perancis 


 Protes Di Jerman


Protes Di India


Protes Di Filipina


 Protes Di Sepanyol



 Protes Di Switzerland


Protes D Taiwan



 Protest Di Three Mile Island




Boleh dikatakan di mana-mana sudah ada protes mengenai nuklear ini, dalam hati jahat aku, orang lain sibuk protes taknak guna tenaga nuklear ni, Malaysia sibuk nak guna, Green Teknologi konon...

Sumber Timesonline 

Animasi Mengenai Kebenaran Perang

Kalau korang rasa annoying tentang lagu tu, tengok jer video klip tue, sangat-sangat kreatif, dibuat seperti realiti sebenar

Note From Serj Tankian:

Borders are the gallows of our collective national egos.
Subjective lines in the sand, water and air are separating plants, animals, and atmosphere.
Fear! Fear is the cause of separation for this imposed illusion, this cordoned off space from pre-birth.
When we run out of borders, we reach infinity and unity.
As for flags, they're much less useful than toilet paper.
No one has been caused distress by running out of flags.
They become useful in times of crisis and unjust manipulative coercions pitting the victim against the victor or vice-versa.
Neoliberal globalism is failing due to its underlying imperial ambitions and the discoveries of those sinister ulterior motives.
So the ambitions have reawakened for "democracy promotion," in the past few years.
In real terms, that means promoting democracy if and only if it serves imperial ambitions.
How about we create a real democracy right here and now!
Let's allow the people to vote for or against a pre-emptive war, universal healthcare, expansion of social security, the Kyoto Protocol, the International Criminal and World Courts, and the role of the United Nations in interventions and reconstruction of devastated lands. Let's vote for how we want our taxes to be spent, directly.
Major referendums discussed and debated thoroughly representing all sides of each issue on television.
All empires represent the aristocracy in their imperial ambitions, not the general populace!
Also in dire need is a true democracy of nations.
The UN Security Council should be dissolved and the General Assembly should rule all international affairs, allowing all nations equal access to the international forum and law.
Given the truth, all human beings will collectively choose the direction of this lost, possibly last civilization.

28 Mac 2011

Iklan Harian Metro Biar Betul

Aku jumpa iklan ni kat Awani, kinda cool, kenapa la filem Malaysia takde filem macam ni, kalau ada kan best, setakat terlepas kat iklan je

Monday Blues

Ahaa, pernah tak korang dengar istilah ni, mesti selalu kan. Simpton ini akan didapati pada pelajar, orang yang bekerja, suri rumah pun kena jugak. Orang yang kena monday blues ni biasanya akan rasa selalu sakit dan rasa tak best jer hanya pada hari isnin, yang jenis pemalas nak mampus, memanjang je mc hari isnin, kalau aku dapat kawan sekerja macam ni, biasa aku kata, pandai pulak sakit tu nak datang pada hari isnin je, hari selasa datang dengan segar bugar ditambah dengan muka yang tidak bersalah langsung, biasa kalau aku ternampak, aku pun buat muka tanpa perasaan, hahaha. Yang mungkin tak kena penyakit ni penganggur berhormat je kot (aku tak tuduh sapa2), sebab dia akan kata, another monday, what to do now? continue sleeping.


Jadi aku pun cari la info macam mana nak hilangkan sakit sengal ni, dan aku jumpa teknik yang diberi nama
C.A.P.A.S.C.H
Bapak pelik nama, capasch ni adalah :-

1. Call a friend and Talk about the Fun Topics

2. Allow Your Feelings be as They Are

3. Plan Your Day

4. Ask a Co-worker How Their Weekend Went

5. Stop Complaining

6. Clean Your Desk

7. Help a Co-worker

Ok, aku cuba bagi pendapat sikit, nombor satu, aku rasa yang ni berkesan, lagi-lagi kalau ada staff baru masuk yang kiut miut da bomb (untuk lelaki) atau kacak hensem bergaya Aaron Aziz (untuk perempuan). Semangat mesti berkobar-kobar, kalau yang belum kahwin, sekali tengok mesti akan kata, dada berdegap-degup dah ni, macam ada jodoh jer, hahahaha..
Yang kedua ok la, balajar macam mana kalau anda jumpa rakan sekerja yang hepi go lucky setiap isnin, buat lawak ke apa ke, mesti dalam sesuatu institusi tu, mesti ada sorang yang biasanya jadi pemecah kesunyian, cuba la, boleh hilang kot
Ketiga, rancang hari anda, mana tau ada plan atau tidak lepas kerja ke apa, tapi kalau plan lepas kerja, yang jenis kelam kelibut, tak menyempat2 nak balik pula, so yang ni untuk yang kelam kelibut, takyah plan la, hahaha
Keempat, kalau aku la, kawan aku tak tanya aku dah cerita aku buat apa masa cuti minggu, pastu aku baru tanya balik apa dia buat, mana tau ada benda interesting yang boleh disharekan
Yang kelima ni best, dan yang ni la yang selalu membuat kan aku punya monday blues menjadi teruk, bila ada sorang yang suka komplen ni, biasa komplen pasal bos la, aku suka tambah rencah, akhirnya, masing-masing macam haram nak buat kerja, biasa la dengan bos, pekerja dengan bos, mana ada pekerja suka kat bos, kalau ada pun depan-depan jer, kat belakang dia la kaki cucuk jarum paling kuat, so yang ni, untuk diri aku, aku susah kot, tak tau la korang semua
Yang pasal bersihkan meja ni, kalau aku tension kat memember aku yang jenis hidup tak teratur, meja bersepah nak mampus, kalau meja kita tersusun, tapi kat sebelah menyebelah serabut, srabut wei kepala otak aku, last2 aku yang tension sebab kena mengeluarkan ayat berapi aku, pastu kena pujuk pulak, (sebab aku tak suka tarik muka lama2), yang ni aku da cuba, buat hati tawar, buat tak paham je, lantaklah korang nak pengotor ke, apa ke, suka hati, ia berjaya
Yang last sekali, no komen, tak berjaya kot untuk aku, kerja kau, buat la sendiri, buat apa kompeni bayar ko gaji aku nak kena tolong pulak, hahaha, kerja sama je banyak, betul tak (tapi dalam hati selalunya kalau dah lambat tu aku tolong jugak, aku bukan kejam sangat pun)

Cuba la mana tau korang punya monday blues boleh hilang hari ni, Good Luck...

p/s pendapat diatas adalah diatas pendapat diri aku sendiri, tidak melibatkan yang masih hdup ataupun telah meninggal dunia
Sumber Di Sini 

27 Mac 2011

Genap 3 Tahun

Hari ini 27.3.2011 maka genaplah 3 tahun aku hidup bukan sebagai orang bujang, maksudnya ulang tahun perkahwinan aku yang ke tiga tahun la ni, maka aku akan perkenalkan ahli keluarga aku

Ok, ini adalah aku

Yang ni pula wife aku, Rose



Yang kecik ni pula, Siti Amira Alisha, atau dia panggil nama di Ya sahaja



Semua gambar ni aku amik masa pi Zoo Negara, dalam bulan lepas kot, gambar diatas menunjukkan bahawa sesungguhnya kambing mempunyai gigi, hehe, so, layan jer la


Last sekali aku nak ucapkan Selamat Ulang Tahun Perkahwinan kita yang ke 3 tahun buat isteriku, semoga ikatan ini berkekalan sehingga ke cucu pulak, sebab anak dah lepas da, Amin....

26 Mac 2011

Hapuskan Tol Rugikan Pencarum KWSP

Tiba-tiba aku tengok berita ni aku nak tergelak dulu, macam tak boleh melabur syarikat lain kalau tak ada konsesi tol bodoh ni, jadi selama ni aku bayar tol untuk tabung hari tua aku la.....

Khas Buat Sahabat Blogger Sekalian

Untuk mereka yang aku telah follow dan ingin aku baca entry yang korang telah update, tolonglah jangan letak lagu dalam blog anda, ini kerana waktu aku melayan blog, aku suka melayan lagu Serj Tankian, dengan agak kuat. bila lagu korang keluar ayat pertama akan keluar dekat mulut aku ialah Fxxx, dengan sepantas kilat aku tutup blog korang, next time velly solly loo, x mo bukak da, update ke tak haku pedulik hape... dah kurang trafik da, hahahah. tapi korang akan kata, setakat aku sorang taknak buka, ramai lagi nak buka, kan,kan,kan....
Jadi terpulangla kat korang

akhir kata terimalah lagu Serj Tankian, Empty Walls


25 Mac 2011

Earth Hour 2011

Ingat tak lagi tragedi Earth Hour pada tahun lepas, dimana TNB tetiba jadi famous amos apabila dikatakan membangkang sekeras-kerasnya program earth hour, untuk mengelakkan tragedi oktober itu menjadi sejarah mungkin berulang, pada tahun ini TNB telah mengeluarkan statement awal di berita dengan menyatakan sokongan sepenuhnya program earth hour ini.



Ok, masuk balik dalam topik, earth hour mula pertama kali diadakan pada tahun 2007 di Sydney Australia, ianya diadakan sempena perubahan cuaca yang mendadak ataupun 'climate change', pemanasan global yang tiba-tiba menjadi satu topik yang panas pada masa tersebut. Jadi untuk mendapatkan kesedaran dunia mengenai situasi tersebut, kempen earth hour diperkenalkan. ia kemudiannya menjadi trend dan diikuti oleh kebanyakan negara termasuk malaysia,
Pada tahun ini, 2011 program Earth Hour akan berlangsung pada 26 March 2011, pada pukul 8.30pm sehingga 9.30pm., Jadi pada waktu kempen tersebut, marilah kita bergelap dalam tempoh sejam bagi menyokong program tersebut, tapi aku nasihati kita padam hanya lampu yang kita TIDAK gunakan sahaja la, untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku, jangan pulak korang tengah bawak kereta, 8.30 pm esok terus tutup lampu, polis tahan korang cakap earth hour, tu tak betulla...
Dengan kesedaran mengenai climate change ini, maka pelbagai teknologi cuba diperkenalkan, antaranya Green Technology, Nano technology dan pelbagai lagi, sekarang pun sudah banyak arkitek cuba membuat bangunan hijau ataupun Green Building, jadi kita dapat mengurangkan kadar pelepasan toksik kedalam sistem rumah hijau kita ini.....


p/s : Tapi pesan aku, jangan kerana tak gunakan teknologi hijau, mengamalkan komunisme bencana alam akan berlaku, takder kene mengena weiii, aku lupa pulak sapa yang cakap o_O
Disini juga aku mengambil kesempatan untukmengucapkan simpati kepada mangsa gempa bumi, tsunami di Jepun dan juga Myanmar
akhir kata, maju bumi untuk manusia sejagat

Kenapa Bola Sepak Bukan Permainan Perempuan?

Kerana perempuan penuh dengan emosi, haru nanti jadinya kalau perempuan main bola sepak, check the vidz


Jadi itulah sebabnya dan kebanyakan wanita juga benci bola sepak, nak tau sebabnya.....


tapi mereka benci bolasepak sejak kecil lagi, ngeeee

Opera Vs Firefox

Sememangya kalau korang kenal aku, aku adalah seorang pengguna web browser opera yang tegar, walaubagaimana pun aku ada install juga firefox sebagai back up, baru2 ni aku telah update firefox aku ke version 4.0 tapi alangkah terkejutnya aku, kerana aku dah tak dapat bezakan lagi browser opera dengan firefox aku, kecuali logo musang dengan O tue, ni nak kira tiru ke rebadging ni, hahaha


Browser Opera 11.01 yang aku selalu guna


Browser Firefox 4.0 yang aku baru update

Walau macam manapun aku akan tetap guna opera kerana opera mempunyai opera turbo, mouse gesture dan banyak lagi yang tak ada pada firefox, kalau nak rasa macam mana guna opera download di sini
Tapi kalau anda yang jenis tidak boleh menerima perubahan dan suka menggunakan musang merah, anda boleh download di sini 

Evolusi Perubahan

Kalau kita lihat, dunia mengalami perubahan daripada satu zaman ke satu zaman, setiap benda akan berubah, begitu juga dengan manusia. Tetapi perubahan tidak semestinya menjadi semakin baik, ataupun menjadi semakin buruk, mesti ada pro dan kontra diantaranya. Perubahan boleh dilakukan dengan pelbagai cara, sama ada perubahan diri, ataupun perubahan organisasi dsb.
 Bagi aku perubahan itu penting, semestinya daripada yang kurang baik kepada yang lebih baik. Aku bagi contoh, kalau korang sekarang ni kerja makan gaji, mesti satu hari nanti korang terfikir untuk jadi bos pula, itu sebagai contoh satu perubahan. perubahan pula tak semestinya hanya terletak kepada motto atau cogankata sahaja, ia mestilah dengan ada impak. Impak yang memberi kesan kepada diri sendiri dan pada sesuatu organisasi.
Jangan takut untuk berubah...Anda Mampu mengubahnya


video diatas adalah menunjukkan perubahan dalam tempoh 200 negara, 200 tahun diceritakan dalam masa 5 minit. Setiap benda pasti akan berubah

24 Mac 2011

Stokin Wanita Di Kepala

Tahukah kalian, pakaian menampilkan identiti,aku tetiba terjumpa video ni, kerja gila, tapi kalau aku ada production sendiri, aku nak test buat juga aksi seperti ini, mesti gempak kan, lol



 

The Power Of Cartoon

Video ni agak panjang, tetapi moral yang ingin disampaikan cukup berguna, walaupun media elektronik kian lama kian berkembang, tapi tidak boleh dinafikan kuasa kartun media cetak pada satu masa dulu sangat kuat, sehinggakan sampai ke hari ini sudah ada sesetengah pihak yang cukup takut dengan kartun, maka wujudlah cartoonophobia, hahaha... cuba fahamkan apa yang cuba disampaikan oleh Patrick Chappate (aku tak tau dia ngan chapati ada kene mengena ke tidak)


23 Mac 2011

Viral video, the 3 musketeer, Malaysia edition

 


Tahukah Anda, Roundabout Terbesar Di Dunia Terdapat Di Malaysia

Mesti ramai yang tak tau bulatan atau roundabout terbesar di dunia terdapat di Malaysia, agak-agak kat mana? jeng jeng jeng... Ianya adalah Persiaran Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Yang Terdapat di Putrajaya, Di dalamnya termasuk Pejabat Perdana Menteri, Istana Melawati, Putra Perdana Landmark Dan Juga Shang Ri La Hotel, Putrajaya. Jumlah Panjang ukur lilit bulatan itu saja mencapai 3.4 kilometer. Tapi yang paling best setiap kali aku masuk putrajaya, mesti salah keluar simpang, dan agak tension jugak la, hahaha

22 Mac 2011

LOL ... Rebecca Black Saturday Parody


hahaha, original video dia macam ni
enjoy

Durian Belanda (Soursop) Anti Kanser

Durian Belanda atau Soursop, buah dari pohon Graviola adalah pembunuh
semulajadi sel kanser yang ajaib dengan 10 ribu kali lebih kuat dari pada
terapi kemo. Tapi kenapa kita tidak tahu?

Kerana salah satu perusahaan dunia telah menutup rahsia penemuan
penyelidikan tentang khasiat buah ini sebaik mungkin, mereka ingin agar dana
penyelidikan yang dikeluarkan sangat besar, selama bertahun-tahun, ditambah
pula keuntungan yang melimpah dengan cara menjadikan pohon Graviola Sintetis
sebagai bahan utama ubat rawatan kanser.

Pohonnya rendah, di Brazil dinamai 'Graviola', di Sepanyol 'Guanabana'
bahasa Inggeris dipanggil 'Soursop'. Di Indonesia, dikenali sebagai buah
Sirsak manakala di Malaysia dipanggil sebagai Durian Belanda. Buahnya agak
besar, kulitnya berduri lembut, isi buah berwarna putih, rasanya masam-masam
manis, dimakan dengan cara membuka kulitnya atau dibuat jus.

Khasiat dari buah durian belanda ini memberikan kesan anti tumor / kanser
yang sangat kuat, dan terbukti secara perubatan menyembuhkan segala jenis
kanser. Selain menyembuhkan kanser, buah ini juga berfungsi sebagai anti
bakteria, anti fungus , berkesan melawan berbagai jenis parasit dan cacing,
menurunkan tekanan darah tinggi, kemurungan, stress, dan menormalkan kembali
sistem saraf yang kurang baik.

Salah satu contoh betapa pentingnya kewujudan Institut Sains Kesihatan bagi
orang-orang Amerika adalah kerana institut ini telah membuka tabir rahsia
buah ajaib ini. Fakta yang membingungkankan adalah: Jauh dipedalaman hutan
Amazon, tumbuh 'pohon ajaib', yang akan merubah cara berfikir anda, doktor
anda, dan dunia mengenai proses penyembuhan kanser dan harapan untuk
bertahan hidup.

Hasil penyelidikan membuktikan "pohon ajaib" dan buahnya ini :

i) Menyerang sel kanser secara efektif dan semulajadi, TANPA rasa mual,
berat badan turun, rambut gugur, seperti yang terjadi pada terapi kemo.

ii) Melindungi sistem kekebalan tubuh dan mencegah dari jangkitan yang
mematikan.

iii) Pesakit merasakan lebih kuat, lebih sihat selama proses perawatan /
penyembuhan.

iv) Menambah tenaga dan penampilan fizikal semakin bertambah baik.

Sumber berita sangat mengejutkan ini berasal dari salah satu pengeluar
farmasi terbesar di Amerika. Buah Graviola telah diuji lebih dari 20 makmal,
sejak tahun 1970-an hingga beberapa tahun berikutnya. Hasil ujikaji dari
ekstrak (sari) buah ini adalah :

1. Secara berkesan memilih sasaran dan membunuh sel jahat dari 12 jenis
kanser yang berbeza, diantaranya kanser : Usus Besar, Payu Dara, Prostat,
Paru-Paru dan Pankreas.

2. Daya kerjanya 10,000 kali lebih kuat dalam memperlambatkan pertumbuhan
sel kanser dibandingkan dengan Adriamycin dan Terapi Kemo yang biasa
digunakan!

3. Tidak seperti terapi kemo, ekstrak buah ini secara selektif hanya memburu
dan membunuh sel-sel jahat dan TIDAK membahayakan atau membunuh sel-sel yang
sihat.

Penyelidikan telah dilakukan secara ekstensif pada pohon "ajaib" ini,selama
bertahun-tahun tapi kenapa kita tidak tahu langsung mengenai hal ini ?
Jawabnya adalah : Begitu mudah kesihatan kita, kehidupan kita, dikendalikan
oleh yang memiliki wang dan kekuasaan!

Salah satu perusahaan ubat terbesar di Amerika dengan aset jutaan dollar
melakukan penyelidikan luar biasa pada pohon Graviola yang tumbuh dihutan
Amazon ini. Ternyata beberapa bahagian dari pohon ini : kulit kayu, akar,
daun, isi buah dan bijinya, selama berabad-abad lamanya telah menjadi
penawar bagi suku Indian di Amerika Selatan untuk menyembuhkan : sakit
jantung, asma, masalah berkaitan hati dan rematik. Dengan bukti-bukti ilmiah
yang minimum, perusahaan yang mengumpulkan dana dan sumber usaha manusia
yang sangat besar bagi tujuan melakukan penyelidikan dan berbagai ujian.
Hasilnya sangat menakjubkan. Graviola secara ilmiah telah terbukti sebagai
agen pembunuh sel kanser yang berkesan !

Tapi. kisah Graviola hampir berakhir disini. Kenapa?

Dibawah undang-undang persekutuan, sumber bahan semulajadi untuk ubat adalah
DILARANG dipatentkan.

Perusahaan menghadapi masalah besar dan mereka berusaha sedaya upaya dengan
pembiayaan sangat besar untuk membuat klon tiruan dari Graviola ini agar
ianya dapat dipatentkan sehingga dana yang dikeluarkan untuk penyelidikan
dan ujian dapat dituntut dan bahkan mengaup keuntungan besar. Tapi usaha ini
tidak berhasil kerana Graviola tidak berjaya diklon. Perusahaan gigit jari
setelah mengeluarkan dana jutaan dolar untuk usaha penyelidikan mereka.

Ketika mimpi untuk mendapatkan keuntungan besar beransur-ansur pudar,
kegiatan penyelidikan juga turut berhenti. Lebih parah lagi, perusahaan
menutup projek ini dan memutuskan untuk TIDAK menerbitkan hasil penyelidikan
ini.

Beruntunglah, ada salah seorang ilmuwan dari kumpulan penyelidik tidak
sanggup melihat kekejaman ini terjadi. Dengan mengorbankan kerjayanya, dia
menghubungi sebuah perusahaan yang biasa mengumpulkan bahan-bahan
bersumberkan semulajadi dari hutan Amazon untuk penghasilan penawar.

Ketika para pakar penyelidik dari Institut Sains Kesihatan mendengar berita
keajaiban Graviola, mereka mulai lakukan usaha penyelidikan. Hasilnya sangat
mengejutkan. Graviola terbukti sebagai pohon pembunuh sel kanser yang
berkesan.

The National Cancer Institute mulakan penyelidikan ilmiah yang pertama pada
tahun 1976. Hasilnya membuktikan bahawa daun dan batang kayu Graviola mampu
menyerang dan menghancurkan sel-sel jahat kanser. Sayangnya hasil ini hanya
untuk keperluan dalaman dan tidak dihebahkan.

Sejak 1976, Graviola telah terbukti sebagai pembunuh sel kanser yang luar
biasa pada ujikaji yang dilakukan oleh 20 makmal bebas yang berbeza.

Satu kajian yang dihasilkan oleh the Journal of Natural Products menyatakan
bahawa kajian yang dilakukan oleh Catholic University di Korea Selatan,
mendakwa bahawa salah satu unsur kimia yang terkandung di dalam Graviola,
mampu memilih, membezakan dan membunuh sel kanser usus besar dengan 10,000
kali lebih kuat berbanding dengan Adriamycin dan terapi kemo!

Sebuah kajian di Purdue University pula membuktikan bahwa daun Graviola
mampu membunuh sel kanser secara berkesan, terutama sel kanser: Prostat,
Pankreas, dan Paru-paru.

Setelah hampir 7 tahun tidak ada berita mengenai Graviola, akhirnya berita
keajaiban ini pecah juga, melalui informasi dari Lembaga-lembaga seperti
disebutkan terdahulu.
Kisah lengkap tentang Graviola, dimana memperolehnya, dan bagaimana cara
memanfaatkannya, dapat dijumpai dalam Beyond Chemotherapy: New Cancer
Killers, Safe as Mother's milk, sebagai bonus istimewa percuma terbitan
Health Sciences Institute. Sekarang anda tahu manfaat durian belanda yang
luar biasa ini. Rasanya manis-manis masam begitu menyegarkan. Buah yang 100%
semulajadi tanpa sebarang kesan sampingan.


Sumber HooHa

20 Mac 2011

Ketahui Hak Anda (jika ditahan polis)

Agak panjang tapi kamu harus tahu

RED BOOK
1. APABILA DIBERHENTIKAN POLIS

1.1 Tidak Berpakaian Seragam, Minta Pengenalan Diri

Jika beliau tidak berpakaian seragam, minta beliau tunjukkan pengenalan diri. Katakan; “Sila tunjukkan Kad Kuasa Polis anda.”

1.2 Kad Kuasa Polis

Merah : Pegawai Polis yang digantung tugas. Beliau tiada kuasa untuk melakukan apa-apa terhadap anda. Anda boleh berlalu dari situ.

Lain-lain Warna :
Biru : Berpangkat Inspektor dan ke atas.
Kuning : Berpangkat lebih rendah daripada Inspektor.
Putih : Polis Simpanan

Ambil perhatian nama dan nombor Kad Kuasanya.

1.3 Berpakaian seragam

Ambil perhatian nama dan nombor ID pada pakaian seragamnya.

1.4 Kenderaan Peronda Polis

Ambil perhatian nombor pendaftaran kereta atau motosikal peronda berkenaan.


2. POLIS MENYOAL SIASAT ANDA SEMASA DIBERHENTIKAN

2.1 PengenaIan Diri

Hanya berikan nama, nombor kad pengenalan dan alamat anda.

2.2 Polis bertanyakan soalan-soalan lain

Tanya dengan sopan, "Adakah saya sedang ditangkap?"

2.3 Adakah anda sedang ditangkap

Anda sedang ditangkap jika Polis:
menjawab "ya"; tidak membenarkan anda berlalu/mahu membawa anda ke Balai Polis; atau
menggari anda.

Jika anda tidak ditangkap, anda boleh berlalu/menolak untuk mengikutnya ke Balai Polis atau ke mana sahaja, jika diminta.

2.4 Bilakah anda tidak boleh ditangkap

Polis tidak boleh menangkap anda semata-mata kerana anda berpotensi sebagai saksi dan mereka mahu mengambil pernyataan daripada anda (Pernyataan 112/Saksi).


3. SOAL SIASAT OLEH PIHAK POLIS TANPA TANGKAPAN

3.1 Pernyataan 112

Semasa pihak Polis sedang menjalankan siasatan berhubung sesuatu kes dan berpendapat anda mempunyai maklumat/pengetahuan tentang kes tersebut, pihak Polis boleh menyoal siasat anda dan
mencatat semua jawapan anda (Pernyataan 112).

3.2 Permintaan Rasmi / Tidak Rasmi

Kebiasaannya, Polis membuat permintaan tidak rasmi supaya anda memberikan Pernyataan 112. Jika tempat dan masa sesuai bagi anda,anda boleh bekerjasama. Jika tidak, beritahu Polis anda akan bekerjasama di tempat dan pada masa yang sesuai. Jika anda menolak untuk bekerjasama, Polis boleh mengeluarkan arahan rasmi secara bertulis, ditandatangani oleh seorang Pegawai Penyiasat (Pegawai Polis)mengkehendaki anda untuk bekerjasama. Jika anda tidak mematuhi Arahan Polis tersebut, anda tidak boleh ditangkap. Walau bagaimanapun, ia adalah satu kesalahan dan pihak Polis boleh memohon kepada Mahkamah untuk mengeluarkan satu waran terhada anda mendesak anda supaya bekerjasama.


3.3 Membuat Pernyataan 112

Semasa membuat Pernyataan 112, anda boleh menolak untuk menjawab mana-mana soalan/berdiam diri jika jawapannya mungkin mendedahkan anda kepada kesalahan jenayah.
Bawa bersama anda buku catatan atau kertas tulis (Nota Peribadi).
Catatkan dalam Nota Peribadi anda semua soalan yang ditanyakan.
Pastikan bahawa anda faham setiap soalan yang ditanyakan.
Ambil masa anda dan fikir dengan teliti sebelum menulis jawapan didalam Nota Peribadi anda.
Bacakan jawapan anda kepada Pegawai Polis yang menyoal anda.
Simpan Nota Peribadi anda sebagai rujukan di masa hadapan.
3.4 Menandatangani Pernyataan 112 anda

Sebelum menandatangani Pernyataan anda, baca dengan teliti semua soalan dan jawapan anda yang ditulis oleh Pegawai Polis yang berkenaan.
Bandingkan Pernyataan yang anda akan tandatangani dengan Nota Peribadi anda.
Anda berhak membuat pembetulan/pindaan ke atas Pernyataan tersebut sebelum ditandatangani.
Turunkan tandatangan betul-betul di bawah ayat terakhir pernyataan anda.

4. POLIS MENANGKAP ANDA


4.1 Tanya: "Mengapa saya ditangkap?"

Sesuatu tangkapan menjadi tidak sah jika anda tidak diberitahu alasan tangkapan.

4.2 Jangan melawan semasa ditangkap

Polis mempunyai hak untuk menggunakan kekerasan yang munasabah semasa menangkap anda jika anda melawan.

4.3 Tanya: "Balai Polis manakah saya akan dibawa?"

Pegawai Polis yang menjalankan tangkapan mestilah dengan segera membawa anda ke Balai Polis yang berdekatan dan bukan sebaliknya.

4.4 Apa yang perlu anda lakukan apabila ditangkap

Anda mempunyai hak untuk membuat satu panggilan telefon kepada:
Keluarga atau rakan; dan/atau
Seorang peguam.
Anda juga bolah menghubungi Pusat Bantuan Guaman (LAC).

Maklumkan kepada mereka:
yang anda telah ditangkap;
masa, tempat dan alasan ditangkap;
Balai Polis di mana anda dibawa.

4.5 Apa yang akan berlaku selepas ditangkap

Anda boleh ditahan sehingga 24 jam
Di Balai Polis, atau
Di dalam lokap untuk "membantu" penyiasatan Polis.


5. HAK ANDA SELEPAS DITANGKAP DAN SEMASA DALAM TAHANAN

5.1 Hak untuk berunding dengan seorang peguam

Sebaik sahaja anda meminta kehadiran seorang peguam, anda mempunyai hak untuk berunding dengan peguam berkenaan di Balai Polis. Pihak Polis mestilah memberikan kemudahan-kemudahan yang
munasabah dan masa yang munasabah untuk anda berjumpa dan berbincang dengan peguam berkenaan. Pihak Polis bagaimanapun boleh menafikan hak ini, jika kelengahan dalam menyoalsiasat anda boleh menyebabkan berlakunya jenayah lain atau menyebabkan bahaya kepada pihak lain.

5.2 Pakaian

Anda dibenarkan mempunyai satu set pakaian bersama anda semasa di dalam lokap.

5.3 Barangan peribadi

Pihak Polis mestilah merekodkan semua barangan peribadi anda dan meletakkannya dalam simpanan selamat. Barangan peribadi anda mesti dipulangkan kepada anda sebaik sahaja dibebaskan.

5.4 Kebajikan

Anda dibenarkan mandi dua kali sehari. Jika anda jatuh sakit, anda berhak mendapat rawatan perubatan dengan serta-merta. Anda sepatutnya diberikan makanan dan minuman yang wajar dan secukupnya semasa dalam tahanan.

5.5 Berapa lamakah pihak Polis boleh menahan anda

Pihak Polis hanya boleh menahan anda sehingga 24 jam untuk siasatan. Tugas Polis adalah untuk menyelesaikan penyiasatan dalam masa 24 jam dan melepaskan anda dengan segera. Jika pihak
Polis tidak dapat menyelesaikan penyiasatan dalam tempoh 24 jam,Polis mesti membawa anda ke hadapan seorang Majistret untuk mendapatkan perintah reman untuk memanjangkan tempoh penahanan anda melebihi 24 jam (Perintah Reman).


6. PERINTAH REMAN OLEH MAJISTRET SELEPAS 24 JAM


6.1 Siapakah Majistret

Majistret ialah seorang pegawai kehakiman yang mempunyai kuasa untuk membuat Perintah Reman bagi menahan anda lebih daripada 24 jam.

6.2 Tujuan Perintah Reman

Untuk memberi lebih masa kepada Polis untuk melengkapkan penyiasatan dan memutuskan sama ada terdapat bukti untuk mendakwa anda atas satu-satu kesalahan. Pihak Polis tidak boleh memohon Perintah Reman hanya untuk mengambil Pernyataan daripada anda.

6.3 Berapa lamakah Perintah Reman

Apabila pihak Polis membawa anda ke hadapan seorang Majistret untuk memohon Perintah Reman, pihak Polis perlu memberikan alasan kepada Majistret mengapa anda perlu ditahan melebihi 24 jam.
Tugas Majistret adalah untuk menimbangkan secara berhati-hati alasan-alasan yang diberikan oleh pihak Polis.

Majistret berkenaan mempunyai budi bicara:
untuk tidak membenarkan Perintah Reman dan seterusnya melepaskan anda; atau
membenarkan Perintah Reman untuk satu tempoh yang lebih pendek daripada yang dipohon oleh pihak Polis.
Seorang Majistret mempunyai kuasa untuk membenarkan Perintah Reman tidak melebihi 4 hari atau 7 hari bergantung kepada jenis kesalahan yang sedang disiasat.

Pihak Polis boleh memohon Perintah Reman kedua selepas tamatnya Perintah Reman pertama. Majistret boleh membenarkan Perintah Reman kedua untuk tempoh tidak melebihi 3 hari atau 7 hari
bergantung kepada jenis kesalahan yang sedang disiasat.

6.4 Apa yang perlu anda katakan ketika anda dibawa di hadapan seorang Majistret untuk proses reman

Maklumkan kepada Majistret:
anda mahu diwakili oleh seorang peguam dan anda mahu menghubungi peguam, pusat bantuan guaman dan keluarga anda;
jika anda mahukan rawatan perubatan kerana anda sakit atau telah dipukul;
jika pihak Polis telah mengugut atau memukul anda semasa dalam tahanan;
jika anda telah tidak diberikan makanan/minuman/pakaian atau perubatan yang wajar dan mencukupi semasa dalam tahanan;
sama ada pernah ditahan sebaik sebelum penahanan terkini anda;
sama ada pihak Polis telah menjalankan apa-apa penyiasatan semasa anda dalam tahanan

6.5 Mohon supaya Majistret memberikan Perintah Reman yang singkat

Sebelum Majistret berkenaan membuat Perintah Reman, mohon tempoh reman yang lebih singkat daripada yang dipohon oleh pihak Polis. Beri alasan (sebagai contohnya: "saya akan bekerjasama
dengan polis dalam siasatan mereka", "saya boleh dihubungi bila-bila masa dan tidak akan melarikan diri" dll).


7. PEMERIKSAAN BADAN TANPA TANGKAPAN

7.1 Bilakah ianya boleh dilakukan

Jika anda berada di satu-satu tempat (contohnya: disko/karaoke/pusat-pusat hiburan) di mana Polis menjalankan serbuan untuk mencari sesuatu (contohnya: dadah), pihak Polis boleh menahan dan
memeriksa anda jika mereka berpendapat anda mempunyai atau sedang menyembunyikan barang yang sedang dicari itu. Ini hanya boleh dilakukan dengan kehadiran seorang Pegawai Polis berpangkat Inspektor dan ke atas.

7.2 Apa yang perlu dilakukan
Jangan benarkan Pegawai Polis berkenaan memasukkan tangannya ke dalam pakaian anda atau kocek/saku anda.
Jika anda diminta untuk mengeluarkan barangan peribadi anda satu persatu, setiap kali sebut "dompet", "kunci", "Kad Pengenalan" dll.
Apabila kocek/saku/beg anda telah dikosongkan, terbalikkan kocek/saku/beg anda.

7.3 Hak-hak anda
Semua pemeriksaan badan mestilah dijalankan secara profesionaldan sopan.
Seorang wanita hanya boleh diperiksa badannya oleh seorang Pegawai Polis wanita.
Jika anda dipaksa/diugut untuk berbogel:
Bantah;
Ingat nama Pegawai Polis tersebut; dan
Buat laporan Polis selepas insiden tersebut.
8. PEMERIKSAAN BADAN SELEPAS TANGKAPAN BERLAKU


8.1 Bila Polis boleh berbuat demikian
Polis secara munasabah mengesyaki bahawa anda mempunyai bukti/keterangan berhubung kesalahan yang disyaki.
Anda ditangkap.
Pemeriksaan badan mestilah dijalankan di tempat tertutup. Anda mempunyai hak untuk diperiksa badan di tempat tertutup.

8.2 Jenis-jenis Pemeriksaan Badan

Undang-undang membenarkan Polis melakukan 4 jenis pemeriksaan badan:-

1. Pemeriksaan secara menepuk badan dari atas ke bawah -pemeriksaan pakaian luaran.

2. Pemeriksaan tanpa pakaian - untuk mencari bukti, objek, barang terlarang atau senjata. Hanya boleh dijalankan dengan kebenaran seorang pegawai berpangkat Inspektor dan ke atas.

3. Pemeriksaan sulit - selain daripada mencari di dalam mulut, hidung dan telinga. Hanya boleh dijalankan dengan kebenaran pegawai berpangkat Penolong Penguasa (ASP) dan ke atas.

4. Pemeriksaan dalaman - untuk menentukan kewujudan objek-objek dll. di dalam badan. Hanya boleh dijalankan dengan kebenaran Ketua Polis Daerah (OCPD). Hendaklah dijalankan oleh seorang Pegawai Perubatan atau Pegawai Perubatan Kerajaan.


8.3 Hak anda
Semua pemeriksaan badan mesti dijalankan secara profesional dan sopan.
Anda dinasihatkan supaya meminta ditemani oleh peguam andasemasa pemeriksaan dilakukan.
Seorang wanita hanya boleh diperiksa badannya oleh seorang Pegawai Polis wanita

9. SOAL-SIASAT OLEH POLIS SELEPAS DITANGKAP


9.1 Kenal pasti Pegawai Polis yang menyoal siasat anda

Ambil perhatian nama/pangkat Pegawai Polis yang menyoal siasat anda.

9.2 Hak anda untuk berdiam diri

Polis lazimnya akan beramah mesra terlebih dahulu (contohnya: bertanyakan tentang keluarga dan rakan-rakan anda dll.) Anda hanya perlu memberikan nama penuh, umur, alamat dan pekerjaan anda (Maklumat-Maklumat Peribadi).Selain Maklumat-Maklumat Peribadi,anda berhak memilih untuk berdiam diri. Anda harus bersopan. Anda tidak perlu takut untuk berdiam diri. Ini adalah hak anda.Jika anda
memilih untuk berdiam diri, katakan,

"Saya ingin menggunakan hak saya untuk berdiam diri."

9.3 Pernyataan 112 anda semasa dalam penyiasatan

Pihak Polis akan bertanyakan soalan-soalan kepada anda dan kemudian mencatatkan semua jawapan anda. Polis tidak bolehmengugut atau memaksa anda untuk memberi Pernyataan. Jika anda diugut, dipukul atau dipaksa, buat satu laporan Polis terhadap Pegawai Polis berkenaan dengan segera. Ini adalah hak anda.


9.4 Pernyataan 112 tidak boleh digunakan sebagai keterangan/bukti

Secara amnya, apa jua Pernyataan yang anda buat kepada Polis semasa soal-siasat tidak boleh digunakan sebagai keterangan/bukti kecuali jika anda dituduh atas kesalahan-kesalahan di bawah, sebagai contoh, Akta Dadah Berbahaya, Akta Culik dan Akta Keselamatan Dalam Negeri. Walau bagaimanapun anda boleh menggunakan Pernyataan anda untuk menyokong pembelaan anda semasa perbicaraan.

PUSAT BANTUAN GUAMAN / LEGAL AID CENTRES (LAC)

• Kuala Lumpur : 03-2691 3005 / 03-2693 2072
• Selangor : 03-5510 7007 / 03-3281 2428
• Negeri Sembilan : 06-6013 844
• Melaka : 06-2845 519 / 06-2864 514
• Johor : 07-2235 698
• Perak : 05-2550 523
• Kedah & Perlis : 04-7333 467
• Kelantan : 04-7448 660
• Pahang : 09-5159 244 / 09-2969 410
• Pulau Pinang : 04-2617 451/ 04-3108 451

Credit to Obefiend, Ravinsingh