my sponsor

01 Oktober 2010

Saman Oh Saman (saman PBT Kini boleh disenarai hitamkan oleh JPJ)

Isu terbaru yang aku rasa nak aku bincangkan pada kali ini ialah mengenai saman. Dimana sekarang ni saman yang dikeluarkan oleh PBT seperti majlis-majlis daerah de kawasan masing-masing akan di-link-kan kepada JPJ dan JPJ akan menyenarai hitamkan nama kepada pesalah trafik ini. Ini dibawah pindaan Akta 1987 yang akan dibawa ke parlimen bulan depan.

Tapi apa yang aku dapat lihat, PBT hanya gemar menyaman mereka yang tidak meletakkan kupon parkir sahaja, seperti yang berada di Kuchai Lama, dan sekitar Kuala Lumpur. Apa yang aku lihat, kereta tak letak kupon parkir sepantas kilat disamannya, tapi yang meletakkan kereta sesuka hati/double park tak pernah pulak aku nampak saman trafik ada kat windscreen kereta tersebut.

Adakah kesalahan tidak meletakkan kupon, tetapi parkir di kawasan yang betul, tidak menyusahkan orang lain ini adalah kesalahan yang lebih berat berbanding kesalahan meletak kereta sesuka hati dan menyusahkan orang lain. Itu yang aku kurang faham sebenarnya, Adakah kesalahan yang lain selain tidak meletakkan kupon bukan kerja PBT....

Tu lah dia, jadi solution yang ada disini senang saja, untuk mengelakkan saman, parkir di tempat yang betul dengan menyusun kupon parkir penuh di dashboard atau letaklah kereta anda ikut secukup rasa..

Sekian..

Berita penuh, klik sini

2 ulasan:

  1. yeah sound dia, jgn tak sound, PBT pun ada yang banyak kelemahan, boleh dijamin ke benda ni dilaksana dengan telus?

    BalasPadam
  2. skang ni semua nak main blacklist :p

    BalasPadam