my sponsor

29 Ogos 2010

Susulan Daging Di McDonalds Tidak Halal


Terkejut aku bila dapat tau daging yang dijual di restoran makanan segera yang terkenal iaitu McDonald tidak halal. Memang isu ni dah banyak kali timbul, tapi kali ni diperakui sendiri oleh JAKIM. Masya'allah, dah banyak kali makan baru berita ni keluar? OMG! Berikut adalah sumber yang aku dapat.
Aku memohon keampunan dan perlindungan dari ALLAH S.W.T atas kelemahan dan ketidakupayaan ku. Tidak lah aku mengharamkan sesuatu yang ALLAH S.W.T halalkan, sesungguhnya perbuatan itu murtad hukumnya.
Ekoran pengumuman dari JAKIM mengenai penarikan balik pengiktirafan dari senarai yang diiktiraf JAKIM berkuatkuasa 15 April 2010 serta bukti kesahihan perkara ini sememangnya mengejutkan aku.

Aku enggan bersubahat dan dilaknat ALLAH S.W.T atas sebab menyembunyikan kebenaran serta kasih sayang ku sesama saudara seIslam seperti sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Tidak sempurna Iman seseorang kamu sehinggalah dia menyayangi saudara seIslamnya seperti mana dia menyayangi dirinya sendiri.” (daripada Anas r.a, riwayat Muslim)
‘Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayah, sesudah Kami menerangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk. Kecuali orang-orang yang bertaubat, dan memperbaiki (amal buruk mereka) serta menerangkan (apa yang mereka sembunyikan); maka orang-orang itu, Aku terima taubat mereka, dan Akulah Yang Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani’. (Al-Baqarah: 159-160)

- Di sini JAKIM telah menyatakan tidak menerima pakai sijil halal dari Uruguay Islamic Centre.
 Untuk Imej Lebih Besar



Maklumat Tentang Mac Food
Bagi sesapa yang tak percaya Mac Food Services adalah supplier McDonald boleh rujuk kat sini
(direct daripada laman web McDonald Malaysia): CLICK HERE

Info lanjut:
Address :
7 Jalan SS 13/5
45700 Subang Jaya
Selangor Darul Ehsan
Malaysia
Tel : 603-5633 0222
Fax : 603-5634 0189
Contact for Sales/Export :
Mr Bob Chan
(Managing Director)
Present Market :
Malaysia, Brunei Darussalam, Hong Kong, Singapore, Middle East, Vietnam
Product Manufactured :
Chicken (Bone-in), Patties (Chicken), Fish Portions,
Chicken Nuggets, Fish Nuggets, Beef Patties, Beef Nuggets
Brand Names :
FIRST PRIDE, MCDONALD’S
 
 
Nota sampingan:
Papepon, aku harap pada sesiapa yang dah baca sama ada terbaca atau membaca dengan sengaja, tolonglah sebarkan. tak kisah lah korang nak copy paste ker, share link ker, ape ker, I don't care okay? yang penting sebarkan. Semua ni demi saudara kita semua. Ingat yer sedara sedari, insan yang cemerlang datangnya dari akal, yer? dengan hati yang bersih, dengan jiwa yang tenang. yer? Kalau kita makan makanan yang kotor seperti makan makanan yang tidak halal, hati kita akan jadi kotor, jiwa kita akan jadi kotor. Jadi, macam mana kita nak jadi insan yang cemerlang? So, simpan dalam akal kita, tanam dalam jiwa kita, makan makanan yang sihat. Sebarkanlah artikel ini. Sekali lagi diingatkan (pakai loudspeaker) TOLONG SEBARKAN!! Assalamualaikum. :)
 
Credited For vtecmiracle, thanks for the info

2 ulasan:

  1. Hari tu dah ada update baru, Jakim dah confirmkan Macdogol ni halal. Tapi sama ada depa kata halal atau tak pun, aku tetap tak pi makan dah.

    Hahaha tak blh blah ayat insan cemerlang tu, macam pernah dengar dari mana... he he

    BalasPadam
  2. ini kes ragu-ragu ni, tuh yang susah tu, kena pulak ngan kapitalis, jaki-m pun buat hmmm je, sedangkan kopitiam pun kena media bukak kaw2 baru nampak sedikit tindakan

    BalasPadam