my sponsor

16 September 2010

Kelebihan Video Game Berunsur Keganasan

Baru-baru ini dalam satu kajian yang dijalankan New York's University of Rochester, Video game yang bergenrekan keganasan ni dikatakan mempunyai kelebihan bagi pemain untuk membuat keputusan dengan lebih cepat dalam dunia realiti. Ia dapat meningkatkan deria kepekaan dan tindak balas seseorang.Jenis game yang dicadangkan pula adalah game yang bergenre aksi dan 'shooter'...

Jadi aku syorkan sesiapa yang susah sangat nak buat keputusan tu, bolehla bermula main permainan video yang ganas-ganas ni, mungkin lepas ni bolehla buat keputusan dengan cepat sedikit, tak yah la aku menunggu lama setakat nak tanya nak makan apa hari ni, hua hua hua....

Itulah dia bagi sesiapa sebelum ni yang kata permainan video ni memudaratkan, tak semuanya pun memudaratkan, ada juga yang memberi kebaikan.. itulah apa yang aku baca kat artikel dalam News Center 

Tapi bagi aku, kalau budak-budak janganlah bagi main video game yang ganas ni, silap haribulan, naya jadinya... Macam manapun, bermainlah berpada-pada, jangan sampai lupa dunia, dan juga akhirat

ikhlas dari yang masih main video game, walaupun anak dah 1 ;p 

sumber asal klik sini


  

15 September 2010

Air Suam RM1!!!

Dalam masih lagi pada musim perayaan ini, aku tertarik dengan sebuah berita
mengenai isu kepenggunaan ni. Yang menjadi perhatian aku adalah KPDNKK akan mengambil tindakan terhadap seorang pemilik restoran di Tanjung Tokong, Pulau Pinang kerana menjual air suam dengan harga RM1...

Yang menjadikan aku tertarik untuk berkongsi ngan korang ni semua, adakah sebab menjual air suam dengan RM1 atau tidak meletakkan tanda harga yang menjadi kesalahan utama, apa yang aku baca dari bernama, kesalahan utama nya ialah tidak meletakkan tanda harga...

Tapi bagi aku pulak, patutkah air suam dijual dengan harga sampai RM1, dah ngalahkan hotel 20 bintang (ada ke?), jadi kalau pemilik restoran tersebut meletakkan tanda harga terhadap air suam tersebut, jadi ini bukan 1 kesalahan ke? hmmm...

Bagaimana situasi ini kalau terjadi pada anda, restoran tersebut telah meletakkan tanda harga pada menu, tapi adakah anda akan melihat tanda harga tersebut atas sebab air sirap yang anda order telah kehabisan, menyebabkan ingin order air kosong/suam... boleh terkejut nak bayar memandangkan anda hanya makan roti canai sahaja di restoran tersebut...

huhhh... bolehkah apabila situasi diatas diadukan kepada KPDNKK kerana pemilik telah meletakkan tanda harga... aku tak arif sangat tentang undang-undang, cuma ini apa yang aku fikirkan, ketika ini kerana duit, semua dah hilang sifat kemanusiaan...

akhir kata, hmmmmmmm

sumber asal klik sini 



 

14 September 2010

Sebelum Dan Selepas (apa gelak-gelak, betul la kan)


  Perkara
Sebelum Kahwin
Selepas Kahwin
1.       ANGKATKAN BEG
Come sayang, let me carry the bag 4 u. Kesian u...
Beg u pun u malas nak bawa. Lain kali jangan bawa beg ah!
 
2.       TERSUNGKUR BATU
'Sayang, intan payung, you ok tak darling? Bodoh punye batu!'
Jln betul2 la! Buta ke? Mata letak kat mana? Lutut? Batu tu macam besar pun tak nampak!
 
3.       PAKAI SEXY
Lawanye u pakai baju ni. Seksi! Turn on I, macam nak gigit-gigit you sekarang jugak!
'Ni ape ni, tetek terjojol, nampak longkang! Dengan babat berlipat-lipat! Tak malu eh?'
 
4.       MANJA DI PUBLIC
Manjanye syg i ni. Cium sikit sayang! Firm nye pipi you!
Oi! Org tgk ah! Tunggu balik rumah bole tak? Tak malu eh orang tengok?!
 
5.       KEMPUNAN
U nak makan burger ramly? Ok, besok i masuk JB belikan eh syg...
 
Burger McDonald pun sama pe! Jgn cerewet ah! Makan je!
6.       KECANTIKAN
Cantik nye you hari ni. Eye shadow you lawa la! Berseri-seri muka you!
Ape ni make up mcm tepung gomak? Wayang pekji pun kalah tau! Bulan2 asyik beli make up je!
 
7.       KEKAYAAN
U takde bnyk duit pun, i tetap syg u. Kekayaan tk menjanjikan kebahagiaan.
Tu la, dulu tak nak blajar betul2. Skrg baru nak menyesal! Duit tong sampah bulan ni camne?
8.       SEX
Kalau kita kawin, hari2 i nak main dgn u.
 
Eh, i penat tau! Ingat i robot ke? Gatal!
9.       KESABARAN
Sudahlah syg, jgn merajuk. Sorry eh Sayang. Memang salah I. I ni matahir tak guna! Jangan merajuk lagi ye Sayang.. I minta maaf. Maafkan i eh?
Salah you, you nak suruh I cakap Sorry! Banyak cantik muka you! Dah buat salah tak nak mengaku. Tau nak merajuk je. Awak punye pasal ah! Tak kuasa aku!
 
10.   MASAKAN
Sedapnye u masak (walaupun tak sedap)
Mak u tak ajar masak ke? Ni Nasi lemak ke nasi basi?
 
11.   DUIT NO PROBLEM
Syg, kita mk n dekat restoran mahal tu eh? Mahal takpe lah, skali skala...
Mak oi! Pe mahal! Da la! Mee grg mamak pak kassim lagi sedap. Tak mau ah!
 
12.   LUV PEGI LUV BALIK
Bye syg, I luv u too. Muaks! Miss u lah syg. (Padahal smlm baru jumpe)
 
Ah, ok bye! Tak bole lah. Kawan i ade ni! Bye la bye la!
13.   PENGORBANAN
Takpe Sayang, I tak kisah. I sanggup buat apa saja untuk you. I fetch you later eh?
You ni, takde kepala otak ke yang I ni penat baru balik kerja. Apa salahnya you balik sendiri. Manja sangat ah!
 
14.   JUMPA LAMBAT
Takpe Sayang. Asalkan you selamat sampai
 
Takpe la. Da biasa da!
15.   BUANG ANGIN
You kentot eh sayang? Hehehehehe! Cute la you ni!  *cubit-cubit*
Oi, asal bole kentot je eh! *pukul-pukul badan*

Credit to Latifah 

12 September 2010

Tanda-tanda Kiamat Sudah Semakin Hampir

1) Penaklukan Baitulmuqaddis.  Dari Auf b. Malik r.a. katanya,Rasulullah
s.a.w telah bersabda:
   "Aku menghitung 6 perkara menjelang hari kiamat." Baginda menyebutkan
salah 1 diantaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis."
    - Sahih Bukhari

   Hakikatnya : dah jadi dah...


2) Zina bermaharajalela.
   "Dan tinggallah manusia2 yang buruk, yang seenaknya melakukan
persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah
     kiamat akan datang." - Sahih Muslim

   Hakikat : dah nampak dah...


3) Bermaharajalela alat muzik.
   "Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan & perubahan muka".
Ada yang bertanya kepada Rasulullah; "Wahai Rasulullah bila hal ini
terj! terjadi?" Baginda menjawab: "Apabila telah bermaharajalela bunyian
(muzik) & penyanyi² wanita" - Ibnu Majah

   Hakikat : S'pore Idol, Malaysian Idol, Akademi Fantasia, Anugerah²...


4) Menghias masjid & membanggakannya.
   "Di antara tanda2 telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan dalam
mendirikan masjid" - Riwayat Nasai.

   Hakikat : memang dah nampak dah...



5) Munculnya kekejian, memutuskan kerabat & hubungan dengan tetangga tidak
baik.
   "Tidak akan datang kiamat sehingga banyak pe! rbuatan & perkataan keji,
memutuskan hubungan silaturahim & sikap yang buruk dalam
     tetangga." - Riwayat Ahmad dan Hakim.

   Hakikat : ada anak tak mengaku ada mak/bapak pasal malu...



6) Ramai orang soleh meninggal dunia.
   "Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang2 yang
baik& ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal
     padanya kecuali orang2 yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang
makruf dan tidak mengingkari kemungkaran" - Riwayat Ahmad

   Hakikat : boleh kira berapa jer para ulama' yg tinggal...



7) Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat.
   "Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh
L!uka' bin Luka'(orang yang bodoh & hina). Maka orang yang paling
baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh2 orang mulia" -
Riwayat Thabrani

   Hakikat : lihat saja manusia bernama George Bush, Ariel Sharon....




8) Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja.
   "Sesungguhnya di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah manusia
tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang
     dikenalnya saja." - Riwayat Ahmad

   Hakikat : jiran sesama islam pon tak bertegur sapa...



9) Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.
   Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. "Di antara anda² telah hari kiamat
ialah akan muncul pakaian² wanita & apabila mereka memakainya
keadaannya seperti telanjang".

   Hakikat : fesyen zaman skarang (tube, spaghetti strap, g-string, ala
dedah tak abis-abis.). ..


10) Bulan sabit kelihatan besar.
   "Di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah
menggelembung( membesarnya) bulan sabit." - Riwayat Thabrani

   Hakikat : tak caya gi tengok...


11! ) Banyak dusta & tidak tepat dalam menyampaikan berita.
   "Pada akhir zaman akan muncul pembohong2 besar yang datang kepadamu
dengan membawa berita2 yang belum pernah kamu dengar & belum       pernah
didengar oleh bapa2 kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari
mereka agar mereka tidak menyesatkanmu & memfitnahmu" -       Sahih Muslim

   Hakikat : try baca akhbar2 & majalah² yg popular skarang nie...


12) Banyak saksi palsu & menyimpan kesaksian yang benar.
   "Sesungguhnya sebelum datang! nya hari kiamat akan banyak kesaksian
palsu & disembunyikan kesaksian yang benar.." -Riwayat Ahmad

   Hakikat : tengok kes peperangan Iraq dan terbaru, iran diheret ke
penipuan Amerika dan Britian...




13) Negara Arab menjadi padang rumput & sungai.
   "Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi
padang rumput & sungai²" - Sahih Muslim

   Hakikat : Dubai dah turun salji... Mina dah kene banjir...


Hazard to Health While Driving



Peringatan semasa memandu dimusim perayaan ini