my sponsor

15 September 2010

Air Suam RM1!!!

Dalam masih lagi pada musim perayaan ini, aku tertarik dengan sebuah berita
mengenai isu kepenggunaan ni. Yang menjadi perhatian aku adalah KPDNKK akan mengambil tindakan terhadap seorang pemilik restoran di Tanjung Tokong, Pulau Pinang kerana menjual air suam dengan harga RM1...

Yang menjadikan aku tertarik untuk berkongsi ngan korang ni semua, adakah sebab menjual air suam dengan RM1 atau tidak meletakkan tanda harga yang menjadi kesalahan utama, apa yang aku baca dari bernama, kesalahan utama nya ialah tidak meletakkan tanda harga...

Tapi bagi aku pulak, patutkah air suam dijual dengan harga sampai RM1, dah ngalahkan hotel 20 bintang (ada ke?), jadi kalau pemilik restoran tersebut meletakkan tanda harga terhadap air suam tersebut, jadi ini bukan 1 kesalahan ke? hmmm...

Bagaimana situasi ini kalau terjadi pada anda, restoran tersebut telah meletakkan tanda harga pada menu, tapi adakah anda akan melihat tanda harga tersebut atas sebab air sirap yang anda order telah kehabisan, menyebabkan ingin order air kosong/suam... boleh terkejut nak bayar memandangkan anda hanya makan roti canai sahaja di restoran tersebut...

huhhh... bolehkah apabila situasi diatas diadukan kepada KPDNKK kerana pemilik telah meletakkan tanda harga... aku tak arif sangat tentang undang-undang, cuma ini apa yang aku fikirkan, ketika ini kerana duit, semua dah hilang sifat kemanusiaan...

akhir kata, hmmmmmmm

sumber asal klik sini 



 

3 ulasan:

  1. rasanya kat hotel air suam lebih mahal dari seringgit. mahal sebab tpt tu high class

    BalasPadam
  2. Hi bro...pertama kali landing sini...
    Sy ada seorang kakak angkat yang mengusahakan sebuah cafe di hotel. Saya banyak mendengar cerita darinya..memanglah dia tidak bersetuju dikenakan caj RM1 utk air kosong..masalah yang dihadapinya adalah pelanggan-pelanggan yang tidak membeli sebarang minuman dan makanan tetapi membuat perniagaan di premisnya. Oleh itu terpaksalah dia mengenakan caj RM1 untuk air suam.
    Kebanyakkan mereka ini adalah ahli jualan langsung yang langsung tidak beretika...order air suam, tapi duduk berjam-jam. Untuk kadar Rm1, saya rasa terlalu murah, patut dikenakan harga sewa penggunaan premis.
    RM1 disusuli dengan harga makanan, memang tidak patut..tapi kalau duduk buat bisnes sampai berjam2..saya rasa memang patut!

    BalasPadam
  3. kalau kat hotel tu aku fahamla, aku selalu gak landing kat hotel, tp biasa makan bufet set, setakat nak bersidai kat situ tak payahla, tapi kalau kat restoran biasa ni macam mana pulak??? hmmm

    BalasPadam