Kalau kita lihat, dunia mengalami perubahan daripada satu zaman ke satu zaman, setiap benda akan berubah, begitu juga dengan manusia. Tetapi perubahan tidak semestinya menjadi semakin baik, ataupun menjadi semakin buruk, mesti ada pro dan kontra diantaranya. Perubahan boleh dilakukan dengan pelbagai cara, sama ada perubahan diri, ataupun perubahan organisasi dsb.
Bagi aku perubahan itu penting, semestinya daripada yang kurang baik kepada yang lebih baik. Aku bagi contoh, kalau korang sekarang ni kerja makan gaji, mesti satu hari nanti korang terfikir untuk jadi bos pula, itu sebagai contoh satu perubahan. perubahan pula tak semestinya hanya terletak kepada motto atau cogankata sahaja, ia mestilah dengan ada impak. Impak yang memberi kesan kepada diri sendiri dan pada sesuatu organisasi.
Jangan takut untuk berubah...Anda Mampu mengubahnya
video diatas adalah menunjukkan perubahan dalam tempoh 200 negara, 200 tahun diceritakan dalam masa 5 minit. Setiap benda pasti akan berubah
Smart gila presentation. Cuma kalau dari segi isi tersiratnya, sesetengah negara masih lagi terkebelakang, terutama yang warna biru (Afrika). Aku tak setuju bila dia kata jurang semakin rapat, semakin jauh ada le.
BalasPadamPyan, kena ingat, "TIA" dalam filem Blood Diamond yang bermakna This is Africa, Nobody care 'bout us
BalasPadam