my sponsor

03 September 2010

I CAN READ IT! CAN YOU?

fi yuo cna raed tihs, yuo hvae a sgtrane mnid too.
Cna yuo raed tihs? Olny 55 plepoe can.

i cdnuolt blveiee taht I cluod aulaclty uesdnatnrd waht I was rdanieg. The phaonmneal pweor of the hmuan mnid, aoccdrnig to a rscheearch at Cmabrigde Uinervtisy, it dseno't mtaetr in waht oerdr the ltteres in a wrod are, the olny iproamtnt tihng is taht the frsit and lsat ltteer be in the rghit pclae. The rset can be a taotl mses and you can sitll raed it whotuit a pboerlm. Tihs is bcuseae the huamn mnid deos not raed ervey lteter by istlef, but the wrod as a wlohe. Azanmig huh? yaeh and I awlyas tghuhot slpeling was ipmorantt!


Credit to Diana Othman

Famous Amos Secret Recipe Story

 Dalam 3 minggu lepas kecoh pasal sorang minah yang mengkritik kuat negeri kelahiranku, johor atas sebab kat johor katanya takder fames ames, tapi aku pun tak lapar sangat la nak makan fames ames ni, setau aku kalau balik johor, baik aku carik laksa johor ke, tempe goreng ke, jadi aku pun hantar la entri ni, sapa yang dok johor yang bukan orang johor tu, yang kalau tak makan mende alah ni boleh mati, meroyan, nah aku bagi resipi siap ngan cerita macam mana resipi ni boleh dapat, korang baca jerla, aku malas nak translate, kalau nak translate sendiri

The Story start with.....


...when you go to Famous Amos Café, Bangsar.

This is a true story, My daughter and I had just finished a muffin at Famous Amos Café in Bangsar & decided to have some cookies. Because both of us are such a cookie lovers, we decided to try the "Hawaiian Nut Cookie".
 It was so excellent that I asked if they would give me the recipe and the waitress said with a small frown "I'm afraid cannot". Well I said, "Would you let me buy the recipe?"

 With a cute smile, she said "YES". I asked how much and she responded, "only two fifty, it's a great deal!" I said with approval, "Just add it to my bill"

 Thirty days later, I received my VISA statement from Famous Amos and it was RM285.00. I looked again and remembered I had only spent RM9.95 for two muffins and about RM20.00 for a pie. As I glanced at the bottom of the statement, it said, "cookie recipe - RM250.00". That's outrages!!!

 I called the Famous Amos's Accounting Dept. and told them that the waitress said it was "two-fifty", which clearly does not mean "two hundred and fifty dollars" by any POSSIBLE interpretation of the phrase. Famous Amos refused to budge.. They would not refund my money, because according to them, "What the waitress told you is not our problem. You have already seen the recipe - we absolutely will not refund your money at this point."

 I explain to her the criminal statues which govern fraud in Malaysia. I threatened to refer them to police for engaging in fraud. I was basically told, "Do what you want, we don't care, and we're not refunding your money." I waited for a moment, thinking of how I could get even, or even try to get any of my money back. I just said, "Okay, you people got my RM2-50.00, and now I'm going to have a RM250.00 worth of fun."

 I told her that I was going to see to it that every cookie lover in Malaysia with an email account has a RM250.00 cookie recipe from Famous Amos...for free... She replied, "I wish you wouldn't do this" I said, "Well you should have thought of that before you stole from me", and slammed down the phone on her.

 So, here it is!!! Please, please please pass it on to everyone you can possibly think of. I paid RM250.00 dollars for this...I don't want Famous Amos to ever get another cent off of this recipe.....

Recipe may be halved:
2 cups butter
4 cups flour
2 tsp. baking soda
2 cups granulated sugar
2 cups brown sugar
5 cups blended oatmeal (measure oatmeal & blend in blender to a fine powder)
24 oz. chocolate chips
1 tsp. salt
18 oz. Cadbury bar (grated)
 4 eggs
 2 tsp. baking powder
 3 cups chopped nuts (your choice)
 2 tsp. vanilla

cream the butter and both sugars. Add eggs and vanilla; mix together with flour, oatmeal, salt, baking powder, and soda. Add chocolate chips, Cadbury bar and nuts. Roll into balls and place two inches apart on a cookie sheet.. bake for 10 minutes at 375 degrees. Makes 122 cookies..

 Have fun..!!
 
Ok sekarang sambung cerita aku pulak, sekarang yang menjadi persoalan biasanya kalau kita bayar di kaunter dengan menggunakan kad kredit atau kad debit, on the spot kita dapat receipt, takkan la tunggu statement baru tau, lain la kalau beli bayar online, tu susah sikit la.

Lagipun resepi ni aku tak tau lagi keasliannya, jadi buat para pembaca, kalau sesiapa ingin mencuba, cubalah, pastu update kat aku, jadi ke tak? hope menjadi la, aku kesian kat manusia yang duduk kat johor tapi tak dapat makan fames ames ni mati lak, anyway, sekian dari aku.........

credit to suhaimi ibrahim, thankz for the info bro

Dari Seorang Lelaki, Kepada Lelaki

Teringat pasal satu story...seorang lelaki balik rumah...dia jadi hairan
giler..halaman rumah berselerak.. surat di peti pos tak berambil,anak-
anak tengah main korek-korek tanah kotor, baju compang camping, penuh
dengan tanah dan kotoran rambut tak bersikat, tak bermandi,;;; masuk ke
pintu rumah, lagi lelaki tu terkejut...ruang tamu lagi teruk berselerak
lelaki itu melaung nama isterinya... .sepi tiada jawapan masuk ke
dapur..sinki penuh dengan pinggan mangkuk tidak berbasuh,periuk tidak
bercuci.
mencari apa yang boleh dimakan tetapi tiada makanan yang dimasak, masuk
ke bilik air, baju masih belum berbasuh,apatah lagi berendam

lelaki itu cemas mencari isterinya..dia bergegas ke tingkat atas,
melihat isterinya terbaring di atas katil sedang membaca buku.."awak
sakit ke?"..tanya lelaki itu.. "tak lah", jawab isterinya ringkas
"kenapa teruk sangat rumah kita hari ni", tanya si suami lagi sambil
meletakkan tangan di dahi isterinya, kot-kot isterinya demam... balas
isterinya "wahai suamiku, semalam semasa kita bertengkar, abg mengatakan
yang saya ini hanyalah seorang suri rumah, duduk di rumah tidak sepenat
diri abg yang duduk di pejabat, dan abg sering menanyakan apa kerja yang
saya lakukan di rumah yang menyebabkan saya merungut kepenatan
kadang-kadang. ....NAH, HARI INI SAYA TIDAK MELAKUKAN KERJA-KERJA YANG
BIASA SAYA LAKUKAN SETIAP HARI.......

"Wanita adalah insan istimewa, biarkan mereka terus membebel,merengek
atau mengilai seperti pontianak. Seburuk-buruk perangai wanita, ia akan
terus melekat di hati kita selagi hayat di kandung badan....

As for me is different, if my wife is not at home, rumah boleh jadik
porak peranda. Memang true, jika isteri ada dirumah, kepala slalu
pening. Pantang kalau isteri ada kat rumah and i'm off duty, sure at
times boleh membuat kepala berserabut. Kalau madame takde kat rumah,
alangkah tenteramnya hidup ini. Boleh buat apa yang kita suka. Boleh
belengkar kat depan TV tanpa sebarang gangguan mental dah fizikal.
Pendek kata, FreeeDoMmmmm lah!!

But hairan bin ajaib, when dia betul-betul pergi meaning "She's
Gone", aku pulak terasa separuh mati. Sehari dua memanglah shiookkkk, no
once shouting from the kitchen for help, no one to komen this and that,
no one to criticise. Everything will be smooth... Tapi, masuk hari
ketiga, I felt something is missing. Lebih-lebih lagi bila tuala mandi
dah berbau 'assshheemmmm', tak tahu mana nak carik yang baru. Ubat
gigi dah abis, tak tahu kat mana dia stock up. Air suam dah abis, malas
nak boil...Masuk hari ke-4, rindu mula terasa. Eventhough kat office,
ramai yang cun melecun, wajahnya yang dah ditatap sejak tarikh bernikah
itu juga yang mengetuk pintu hati. Memang lah dia tak se-cun SITI
NURHALIZA but the smile yang ikhlas, forever melekat kat hati and sukar
ada pengganti.
Apabila rindu mencengkam, semuanya jadi tak tentu arah. Tengok TV citer
best pun jadik tak best.
Nasik bungkus faberete jadik tak faberete. Makan kat 5 star hotel jadik
rasa cam makan kat kedai AA. Lebih-lebih lagi bila laundry basket dah
makin bertimbun ngan baju kotor, fresh sluar dalam pun dah abis
utkdipakai.
Toilet dah mula licin berdaki...lantai dah berbelak, tak dimop...Every nite,
very the lonely, baring atas katil nengok ceiling blindly... bila lonely
gini, baru lah rasa benar kesepian. Jangan kata sebulan atau
setahun....belum seminggu isteri takde kat rumah, aku dah terasa separuh
pengsan. Bila bersendirian begini,dan terasa malam begitu dingin, barulah kita
sedar betapa pentingnya seorang wanita bernama isteri...begitulah isteri
kita rasa bila kita tinggalkan dia sendiri malam2 agaknya ya..
So guys out there... jgn buli isteri kita. Kalau boleh, tolong dia buat
kerja rumah. Bukan dok depan TV every weekend baca paper. Apa ingat
dorang ni sumer kuli ke?! Maid ker?!! Kan dia tu bini kita, best fren
kita, sweetheart kita... Ingat duit hantaran yang kita kasik dia masa
nikah dulu cukup ker nak bayar gaji dia seumur hidup??!!

And furthermore, kan sama2 keja carik rezeki, sama jugak lah buat keja
rumah. Kadang2 bila poket kita sesak, tak ingat ker dialah orang yang
paling terdekat kita nak kenyeng-kenyeng duit. Tak kesian ker nengok
bini kita? Dah ler satu hari keja kat office, balik kena buat keja rumah
lagi...
penat tau!! Kalau aku lah diberi peluang jadik seorang wanita...tak
rela!!!
So to all mums and wives out there... life will be meaningless without
you...

Bagaimana rasanya sehari tanpa ibu? I dunno lah anak-anak
sekarang, tetapi when i was small, sekiranya emak tiada, semua jadi serba
tidak kena! Usahkan seminggu, dua hari sahaja dia tiada dirumah, hidup
bagaikan dah tak bermakna. Memanglah, mula-mulanya emak keluar rumah,
hati melonjak HAPPINESS!!!
Kalau mak tak ada, telinga boleh lega sebab if she's around, for sure 24
hours tak habis-habis berleter.... pottttt peeettt pooott peettttt,boleh
pecah eardrums. And if mak menjerit, boleh bergegar isi perut. Silap
gaya, tingkap pun boleh tercabut...
And if mak takde, BangZaiiiiii! !! MerdeKa!!! FreeDoMmmmmm! !! Can do
whatever!!! Boleh main bleyblade sampai senja, boleh tido rumah
kawan,boleh chatting sampai nak terkeluar biji bola mata, boleh bergayut
kat talipon ngan "dear" sampai subuh and paling shiookkk, boleh ponteng
solat!!

But, the happiness does not long last. Masuk hari ke-2 dah terasa
kehilangan. Sepi betul rasanya bila tak mendengar leteran mak. Rumah
jadik sesepi-sepinya cam "haunted village". Pada ketika itulah baru kita
sedar bahawa leteran mak yang seperti murai, sebenarnya penyeri
rumah.Tanpa leteran itu, semuanya seperti MATI... Without mum, hidup ni
tak ada cabaran, not challenging, no suspense. Balik kul braper pun,
takde orang nak membebel, takde orang nak pulas telinga.
Our life graph becomes very the monotenous, then we realised, jari
jemari mak yang suka cubit dah memiat telinga rupanya menjadikan hidup
lebih bermakna. Pendek kata, biarlah mak membebel sepanjang hari.
Biarlah dia menjentik telinga. Tanpanya, hidup tidak berseri dan tak
bererti.
Demikianlah besarnya erti seorang EMAK, IBU, UMMI, MUMMY, MAMA in our
life!!
!

p/s to my wife, give me times to change my attitude, to my mum, i miss u so much!!!

02 September 2010

Sinar Cahaya Ayat Kursi

Dlm sebuah hadis, ada menyebut perihal
seekor syaitan yg duduk diatas pintu rumah.

Tugasnya ialah utk menanam keraguan di hati

suami terhadap kesetiaan isteri di rumah dan

keraguan dihati isteri terhadap kejujuran suami di

luar rumah.
Sebab itulah Rasulullah tidak akan masuk

rumah sehinggalah Baginda mendengar jawaban

salam daripada isterinya.

Disaat itu syaitan akan lari bersama-sama

dengan salam itu.

Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis:


1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi

apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT

mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya

hingga subuh.

2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di

akhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada
dlm lindungan Allah SWT hingga sembahyang

yang lain.

3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di

akhir tiap sembahyang,tidak menegah akan dia

daripada masuk syurga kecuali maut dan barang
siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah
SWT memelihara akan dia ke atas rumahnya,

rumah jirannya dan ahli rumah-rumah disekitarnya.


4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di

akhir tiap2 sembahyang fardhu, Allah SWT

menganugerahkan dia setiap hati orang

yg bersyukur,setiap perbuatan orang yg

benar,pahala nabi2 serta Allah melimpahkan

padanya rahmat.


5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi

sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT

mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya - mereka

semua memohon keampunan dan mendoakan

baginya.

6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di
akhir sembahyang Allah SWT akan mengendalikan

pengambilan rohnya dan dia adalah seperti

orang yang berperang bersama Nabi Allah

sehingga mati syahid.

7) Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi

ketika dalam kesempitan nescaya Allah SWT
berkenan memberi pertolongan kepadanya.

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah S.A.W.

bersabda,Sampaikanl ah pesanku biarpun

satu ayat..."

Adakan Cinta Memerlukan Sebab??

Dalam satu kisah percintaan yang menarik. Sepasang suami isteri berjalan
di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah
bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada si
suami. Ini dialog mereka

Isteri : Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?

Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang
        menyayangi dan mencintai Sayang!

Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan
      abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya.

Suami : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa
        abang memang cintakan Sayang!

Isteri : Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada
       saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman
       lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk
       puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya

Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata
"Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang
merdu, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis
dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!"

Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya tadi.
Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma.

Si suami amat bersedih dan menulis sepucuk surat kepada isterinya yang
disayangi. Surat itu diletakkan di sebelah katil isterinya di hospital.
Surat tersebut berbunyi begini :

"Sayang!Jika disebabkan suara aku mencintai mu... sekarang bolehkah
engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika disebabkan
kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu...sekarang bolehkah engkau
menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika
disebabkan senyuman aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau
tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika disebabkan
setiap langkah aku mencintai mu.... sekarang bolehkah engkau melangkah?
Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika cinta memerlukan
sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi.
Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak! Aku masih mencintai mu dulu, kini,
selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab. Kadangkala perkara tercantik
dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu... ia
boleh dirasai dalam hati."